Kapal Selam Nuklear Balistik Britain Terkini Akan Dikenali Sebagai Kelas Dreadnought


Penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik mual dikurangkan di negara-negara Eropah kerana bahaya pencemaran yang tinggi ke atas alam sekitar. Penjanaan elektrik yang lebih lestari dari turbin kincir udara, solar dan geotermal kini menjadi pilihan terutamanya di negara-negara Scandinavia.

Sungguhpun begitu tenaga nuklear masih lagi digunakan oleh pihak tentera. Britain kini sedang membina kapal selam nuklear balistik terkini mereka dan ia akan dikenali sebagai kelas Dreadnought.

Kapal selam pertama akan diberi nama HMS Dreadnought dan merupakan kapal ke-sembilan menggunakan nama yang dianggap legenda dalam sejarah Royal Navy. Nama ini hanya diberikan kepada kapal-kapal yang terbaik di dalam armada. Sebagai contoh HMS Dreadnought yang dilancarkan pada tahun 1906 ialah kapalBattleship pertama di dunia.

Kapal selam HMS Dreadnought terbaru ini dibina bagi menggantikan empat kapal selam di dalam kelas Vanguard yang kini sudah beroperasi hampir suku abad. Ia mempunyai 12 tiub pelancar peluru berpandu menegak untuk melancarkan peluru berpandu nuklear balistik Trident D5. Proses pembinaan sudah dimulakan sejak 5 Oktober lalu dan Dreadnought akan memulakan operasi menjelang 2028. Tiga lagi buah kapal di dalam kelas yang sama akan dibina.

Kapal selam ini akan menjadi yang pertama sistem lampu siang dan malam, gimnasium dan tempat penginapan khas untuk kelasi wanita. Reaktor nuklear Dreadnought akan boleh beroperasi tanpa pertukaran bahan api sehingga 2050.

SUMBER: GOV.UK

No comments

Powered by Blogger.