iPhone 7 Baru Anda Juga Mungkin Boleh ‘Meletup’ Seperti Samsung Note

                                           iPhone 7 Samsung Exploding Battery

Gambar iPhone yang ‘meletup’ ini kini sedang viral di Amerika. Salah seorang pengguna Reddit dengan nama kroopthesnoop telah memuat naik gambar ini di lama apple subreddit dengan mengatakan iPhone 7 terbaru milik beliau telah meletup. Insiden yang sama dialami Samsung dengan produk Note 7 terbaru mereka baru-baru ini.

Pelbagai reaksi diterima di laman perkongsian reddit tersebut termasuk ada yang mengatakan Samsung dan iPhone setiap kali pun mahu meniru satu sama lain. Bila smartphone Samsung meletup, iPhone pun turut sama meletup.

Disebabkan insiden ini masih dalam siasatan, ramai juga yang berpendapat ini cuma propaganda individu yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan nama Apple. Ada yang berpendapat iPhone ini meletup kerana terkena hentakan yang kuat ketika proses penghantaran yang merosakkan kotaknya dan memberi impak kuat kepada telefon di dalamnya. Logik juga.

Apa kata anda? Adakah insiden ini membantutkan minat anda untuk mendapatkan iPhone 7 ini?

No comments

Powered by Blogger.