Inilah Posisi Tidurnya Penghuni Neraka Yang Anda Perlu Tahu


SELEPAS seharian bekerja, seseorang akan merasa lelah pada malah harinya. Mereka biasanya kan terlelap menghabiskan tidurnya. Namun tahukah anda bahawa dalam Islam persoalan tidur saja tidak sembarangan dilakukan. Ada peraturannya tersendiri agar berehat tersebut boleh berpahala.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar selalu menghadap ke kanan ketika akan tidur. Posisi tidur seperti ini tidak hanya sekadar sunnah, namun ternyata mempunyai khasiat jika dikaji secara perubatan.

Selain posisi tidur yang dianjurkan, ada pula posisi tidur yang sangat dimurkai Allah SWT. Bahkan disebut-sebut bahawa kedudukan ini merupakan ciri penghuni neraka. Seperti apa kedudukan yang dimaksudkan? Berikut adalah ulasannya.

Ternyata kedudukan yang dilarang dan dimurkai ini adalah posisi meniarap. Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadisnya ketika Beliau mendatangi sebuah masjid. Ia melihat seorang yang tinggal di masjid Nabawi sedang tidur tengkurap. Kisah yang diriwayatkan oleh Thakhfah Al-Ghifari RA salah seorang yang tinggal di masjid Nabawi berkata,

"Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi meniarap. Lalu berkata: "Bangunlah dari tengkurapmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah." Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Rasulullah SAW, maka akupun kemudian bangkit, "(HR. Bukhari)

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kedudukan tidur meniarap adalah posisi tidurnya para penghuni neraka. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

"Tidur meniarap adalah posisi tidurnya penghuni neraka," (HR. Ibnu Majah)

Allah SWT dan Rasulnya tentu tidak akan melarang sesuatu perkara jika hal tersebut berbahaya bagi manusia. Secara perubatan, tidur dengan posisi meniarap berbahaya bagi tubuh sehingga Allah SWT melarang, bahkan memurkai kedudukan ini.

"Tidaklah Allah memerintahkan sesuatu kecuali padanya terdapat pelbagai maslahat yang tidak dapat diketahui secara menyeluruh," (Risaalah fiil Qowaaidil Fiqhiyah hal. 41, Maktabah Adwa'us salaf)

Ternyata Ilmu perubatan moden membuktikan bahawa memang tidur meniarap memang berbahaya. Tidur ini boleh mengganggu pernafasan kerana otot dada dan organ pernafasan tidak boleh bekerja maksimum kerana tehimpit. Dengan kedudukan tersebut dada akan menjadi tertekan dan membuat nafas menjadi sesak.

Selain bahagian pernafasan, tidur dengan posisi ini juga boleh menghimpit jantung. Dalam jangka masa lama posisi seperti ini boleh membahayakan kesihatan jantung. Fungsi otak juga boleh terganggu dengan kedudukan ini. Ini kerana aliran darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh begitu pula ke otak menjadi terganggu kerana terhimpitnya jantung tadi.

Sumber: MuslimahZone / DakwahMedia

No comments

Powered by Blogger.