Inilah Empat Alasan Wanita Lebih Cepat Tua Dibandingkan Lelaki


Usia memang menjadi perkara paling penting yang harus menjadi pertimbangan dalam memilih pasangan masing-masing. Bagi sebahagian besar lelaki, wanita yang jauh lebih muda berbanding mereka merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup. Setiap lelaki mengidamkan memilih pasangan yang lebih muda usia daripada kita.

Selain masih cantik dan mempunyai tubuh yang indah, wanita yang masih muda juga tidak mudah mengalami penuaan. Lain halnya jika ia memilih pasangan yang sebaya, walaupun umurnya sama namun wajah si wanita lambat laun boleh kelihatan lebih tua berbanding dirinya. Mengapa boleh demikian?

Tenyata ada banyak sebab-sebab yang menyebabkan wanita lebih cepat kelihatan tua berbanding lelaki. Walaupun ada alasan ilmiah yang menyebabkannya, namun boleh juga kerana faktor kebiasaan hidup. Apa sajakah alasan penyebab wanita lebih cepat tua berbanding lelaki? Berikut adalah:

1. Kedewasaan

Alasan pertama seorang wanita lebih cepat tua berbanding lelaki kerana wanita itu lebih cepat dewasa. Kan! anda tengok la mana-mana perempuan yang sebaya dengan anda tapi kematangan dia lebih cepat dan nampak lebih dewasa. Kedewasaan ini dipengaruhi oleh banyak faktor seperti pengalaman hidup dan situasi di kehidupan sehari-hari.

2. Kelenjar Peluh yang Lebih Sedikit

Wanita mempunyai kelenjar peluh yang lebih sedikit berbanding dengan lelaki. Kelenjar peluh sendiri berfungsi untuk menghasilkan minyak yang membuat kulit tetap lembut dan pembuluh darah membantu mengalirkan darah ke organ tubuh sehingga boleh mencerahkan kulit. Jika kekurangan, maka akan membuat kulit lebih mudah menimbulkan kedutan.

3. Wanita Mengalami Menopause

Alasan selanjutnya wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki walaupun kedua-duanya sebaya adalah wanita mengalami menopause. Wajah wanita yang cenderung cepat kelihatan tua dan kurang segar kerana kemerosotan hormon estrogen yang disebabkan kerana alami menopause.

Hormon estrogen ini berfungsi untuk menjaga kulit wajah agar kelihatan sihat dan berseri. Dengan kekurangan estrogen ini akan membuat aliran darah berkurang dan menimbulkan garis halus serta kedutan pada kulit wajah.

4. Wanita Lebih Mudah Stres

Tidak hanya mudah mengalami pereputan tulang, seorang wanita juga lebih mudah mengalami stress berbanding lelaki. Punca tekanan ini boleh berasal dari kebiasaan hidup, pekerjaan ataupun kehidupan rumah tangga.

Selain mudah stres, wanita juga lebih banyak menyimpan rahsia tidak seperti lelaki. Hal inilah yang boleh menyebabkan wanita lebih cepat tua berbanding kaum lelaki. Oleh sebab itu, ada baiknya menjadi wanita yang lebih terbuka jika mempunyai masalah.

Demikianlah ulasan mengenai empat alasan wanita lebih cepat kelihatan tua berbanding lelaki. Namun tidak perlu terlalu bimbang, kerana hal tersebut boleh diatasi dengan rawatan dan gaya hidup yang sihat.

No comments

Powered by Blogger.