Ganjaran Yang Bakal Diterima Skuad Hijau Kuning Sekiranya Digelar Juara


Inilah ganjaran yang bakal menanti oleh skuad hijau kuning seandainya mampu membawa pulang piala malaysia pada tahun ini di bumi jelapang padi sendiri selepas tahun lepas tidak berjaya melakar kemenangan ke atas Selangor pada Piala Malaysia 2015.

YAB Presiden KFA, Dato 'Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan ganjaran jika skuad hjjaukuning memenangi Piala Kejohanan TM Piala Malaysia 2016 seperti berikut:

1. Ganjaran RM25,000 kepada pemain skuad hijaukuning;
2. (Cuti Peristiwa) Cuti sehari pada hari ISNIN 31 Oktober jika menjadi juara TM Piala Malaysia 2016;
3. Perlawanan persahabatan Pra-Musim 2017 di luar negara.

Semoga dengan suntikan insentif ini memberi semangat motivasi tinggi buat skuad hijaukuning.

Pulun Kedah Pulun!

Majlis ramah mesra, YAB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Menteri Besar Kedah bersama pemain pasukan Hijau Kuning.

Talking Point.

1. Sekiranya pasukan Hijau Kuning berjaya memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia sekali gus membawa pulang Piala Malaysia malam esok, kerajaan negeri Kedah bersetuju mengumumkan hari Isnin, 31 Oktober 2016 sebagai hari cuti umum bagi negeri Kedah menurut Akta Cuti 1951.

2. Menurut Akta ini, sekiranya pekerja masih lagi dikehendaki bekerja pada hari Isnin, 31 Oktober 2016, maka majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.

3. Namun begitu majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan cuti hari Isnin kepada hari hari lain tetapi masih tertakluk kepada peruntukan undang undang berkaitan.

4. Dalam pada itu saya juga suka untuk bahawa pihak KFA bersetuju untuk membuat bayaran bonus sebanyak RM25, 000 kepada pasukan Hijau Kuning jika kita berjaya menjulang Piala Malaysia pada aksi final nanti.

5. Kita juga bersetuju untuk mengadakan lawatan perlawanan persahabatan keluar negara yang sesuai sebagai bonus tambahan kepada pasukan.

6. Dalam pada itu satu sambutan besar besaran juga akan diadakan di Lapangan Terbang Sultan Halim (LTSH) bagi menyambut kepulangan wira negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka membawa pulang piala paling berprestij di Malaysia itu.

6. Keputusan ini dibuat berdasarkan kemampuan semasa kerajaan negeri selain mengambil kira komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan sejak dari awal kejohanan sehingga lah aksi separuh akhir menewaskan PDRM sebelum ini.

7. Untuk makluman media KFA juga sudah membuat bayaran bonus sebanyak RM9,000 beserta tambahan RM3,000 sebagai bonus bagi perlawanan separuh akhir.

8. Di kesempatan ini saya juga ingin menyampaikan setinggi tinggi pengharagaan kepada pemain ke-12 kita iaitu penyokong hijau kuning yang akan turut serta di stadium Shah Alam untuk menggamatkan suasana bagi memberi semangat kepada pasukan.

9. Sumbangan moral penyokong ini amat kami hargai dan saya berharap sorakan kumpulan penyokong ini akan terus bergema megah pada aksi final nanti bagi memberi semangat kepada pemain.

10. Semoga dengan sokongan jitu semua pihak yang terlibat akan membawa kejayaan untuk merangkul piala Malaysia buat kali kelima selepas berjaya memenanginya pada tahun 1990, 1993,2007 dan 2008.

No comments

Powered by Blogger.