Cara Uji Laman Web Anda Dengan Google Test My Site


Pada masa kini terdapat lebih ramai pengguna yang melayari laman web menggunakan peranti mudah-alih, berbanding komputer riba. Sekiranya anda pemilik perniagaan, adalah penting untuk memastikan laman web anda mesra mudah alih, dan Google menyediakan perkhidmatan untuk menyemak laman web anda iaitu Google Test My Site.

Bagi menggunakan perkhidmatan Google Test My Site amat mudah. Pengguna hanya perlu melayari laman yang disediakan dan memasukkan alamat laman web mereka.

Ia akan diuji berdasarkan pendedahan yang mesra mudah alih, kelajuan laman tersebut dimuatkan didalam peranti dan juga kelajuan laman tersebut dimuatkan pada pelayar yang terdapat pada komputer riba.

Markah akan diberikan untuk ketiga-tiga aspek ujian tersebut. Bergantung kepada markah yang diperolehi, Google juga akan turut mengesyorkan perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengoptimasikan laman web untuk menjadi lebih berguna buat pelawat. Laporan tersebut juga boleh dihantarkan ke akaun emel anda.

Sila Klik Disini:  Google Test My Site

No comments

Powered by Blogger.