Cara Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Tahun 2016


Untuk makluman anda, berita baik kepada pelajar anak jati Kedah dalam jurusan Kejuruteraan, Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Tulen, Kewangan, Perbankan, Perakaunan, Pengajian Islam yang berkelayakan dan memerlukan bantuan pendidikan untuk pengajian ke IPTA, kini anda boleh mendapatkan biasiswa pendidikan Lembaga Zakat negeri Kedah.

Maklumat ini diambil daripada perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah, di mana calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon biasiswa pendidikan ke IPTA.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut syarat kelayakan permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah:

1. Islam

2. Anak negeri kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah

3. Berumur bawah 25 tahun

4. Pelajar untuk tahun pertama pengajian sahaja

5. Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman daripada mana-mana pihak

6. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

7. Memperoleh CGPA 3.5 ke atas atau setaraf bagi Diploma / Matrikulasi / A-Level / Asasi / Foundation Studies / STPM yang diiktiraf

Cara Memohon

Borang permohonan anda boleh layari portal rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk dimuat turun.

Klik www.zakatkedah.com.my . Tarikh tutup permohonan sebelum 17 November 2016.

No comments

Powered by Blogger.