Apple Mengumumkan Aplikasi TV Untuk Apple TV Dan iOS


Apple hari ini selain memperkenalkan MacBook Pro baru, turut telah mengumumkan sebuah aplikasi baru yang ingin memberikan pengalaman menonton kandungan video yang selari pada pelbagai peranti, disamping memudahkan pengguna mengikuti kandungan yang ditonton dan diminati mereka pada bila-bila masa.

Dinamakan sebagai TV, aplikasi ini kelak akan ditawarkan untuk Apple TV dan juga peranti iOS. Melalui aplikasi TV ini, ia memperlihatkan kandungan daripada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan lain sekali gus menjadikannya sebagai pusat sehenti untuk pengguna mengikuti pelbagai kandungan video.

Apabila pengguna membuka sesuatu video atau filem, ia akan membuka aplikasi yang berkaitan.

Aplikasi ini akan ditawarkan untuk dimuat-turun oleh pengguna di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini. Ia tidak diketahui lagi mengenai tawaran untuk pasaran lain, memandangkan tawaran beberapa perkhidmatan kadang-kala adalah berbeza.

No comments

Powered by Blogger.