Xiaomi Lancarkan Mi 5S Sebagai Pencabar Baru Terbaik iPhone 7
‘Apple of China’ atau lebih dikenali dengan jenama Xiaomi baru sahaja melancarkan Xiaomi Mi 5S dan Mi 5S Plus. Sama seperti produk keluaran Apple, penggunaan nama plus memberikan maksud saiz skrin yang lebih panjang dan lebar.
Dalam pada itu, Xiaomi Mi 5S berjaya untuk memberikan yang terbaik dari segi spesifikasi dan harga yang ditawarkan. Berikut merupakan ulasan awal kami mengenai telefon terbaru daripada Xiaomi ini.
Spesifikasi
Dari segi spesifikasi boleh saya katakan Xiaomi Mi 5S mahu terlibat dalam perlumbaan untuk menjadi ‘King Of Android’. Penggunaan processor Snapdragon 821, RAM 6 GB serta storan 128 GB benar-benar menunjukkan Xiaomi mahu berikan yang terbaik. Seingat saya, OnePlus 3 mungkin pencabar terdekat Xiaomi Mi 5S. Sama-sama kita nantikan speed test diantara kedua-dua telefon ini.
Xiaomi Mi 5S turut menggunakan teknologi ultrasonic fingerprint reader dimana membolehkan pembacaan pengimbas cap jari dapat dibaca dengan lebih pantas dari biasa.
Xiaomi Mi 5S hadir dengan RAM 4 GB serta saiz skrin 5.1-inci manakala Mi 5S Plus hadir dengan RAM 6 GB dan saiz skrin 5.7-inci. Untuk memastikan Mi 5S lebih mirip dengan iPhone 7, kedua-dua telefon ini turut menggunakan teknologi ‘pressure sensitivity’. Fungsi yang sama seperti ‘force touch’
Kamera
Xiaomi nampaknya tidak mahu terlepas untuk mengikuti trend terkini iaitu penggunaan dwi-kamera. Dua kamera 13-megapixel digunakan pada bahagian belakang untuk memberikan focus dan penghasilan imej yang lebih mantap.
Sama seperti iPhone 7, Mi 5S hadir dengan satu kamera di bahagian belakang manakala Mi 5S Plus menggunakan dwi-kamera.
Xiaomi Mi 5S Plus menggunakan sensor camera Sony’s 1/2.3-inch IMX378 CMOS pada kali ini. Sensor yang hampir sama digunakan pada Nexus 5X, Nexus 6P dan HTC 10. Teknologi Ultra Sensitive Camera membolehkan Mi 5S mendapatkan gambar yang jelas ketika low-light atau cahaya yang malap.
Berikut merupakan antara imej yang dihasilkan menggunakan Xiaomi Mi 5S Ultra sensitive camera:
Adakah berbaloi?
Tidak dinafikan, ini bukanlah kali pertama Xiaomi menumpang populariti,rekabentuk dan nama produk keluaran Apple. Sebelum ini Xiaomi turut mengeluarkan ultrabook dengan nama ‘Mi Notebook Air’ yang diambil sempena nama laptop Apple Macbook Air.
Walaubagaimanapun, Xiaomi Mi 5S sememangnya telefon yang mempunyai spesikasi yang tinggi dan sangat mantap untuk sebuah telefon Android. Xiaomi Mi 5S Plus ini ditawarkan pada harga bermula RMB 2299 (~RM1421) untuk model 4GB RAM, dan RMB 2599 (~RM1605) untuk model 6GB RAM.
Untuk dibandingkan dengan iPhone sudah tentu tidak adil dari segi jenama dan sistem operasi. Perbezannya pula sangat ketara iaitu 50% lebih murah daripada iPhone 7. Untuk sebuah telefon Android, harga Mi 5S boleh dikatakan masih rendah untuk sebuah telefon berspesifikasi tinggi.
Post a Comment