Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Haji Aidiladha 2016

                                Kad Raya Haji Pantun Lawak Ucapan Terbaik


Sudah menjadi kelaziman apabila menjelang malam Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban), maka di malam itu bermulalah sesi menghantar serta membalas ucapan pelbagai versi teks sebagai tanda meraikan sambutan Aidiladha sekali gus memeriahkan lagi suasana perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di Malaysia khususnya .

Semoga koleksi ucapan yang disertakan ini diharap memeriahkan lagi suasana menyambut Hari Raya Aidiladha selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim atau persaudaraan sesama insan.

SENARAI KOLEKSI UCAPAN PANTUN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2016

Berikut koleksi ucapan Selamat menyambut Hari Raya Haji / Aidiladha tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah untuk mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau di WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram mahupun di jaringan laman media sosial yang lain:

Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Hajia (Aidiladha) 2016

Beli tepung gandum di kedai Isabella, Buat kuih bengkang di rumah cik Leha, Patut la lembu ngan kerbau cuak gila, Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Pergi ke masjid bersama bapa, Diajak bersama rakan dan taulan, Selamat hari raya Aidil Adha, Salah dan silap harap dimaafkan.

Berhati-hati dijalan raya, Biar lambat asalkan selamat, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Muzik berkumandang rentak a go go, Nona manis berbaju kebayo, Korban harta mahupun tenago, Taknak korban dah jangan beghayo!

Cari pengat sampai ke Sarawak, Pengat dicari di kawasan pokan, Den bizi masak ekau jangan nak melawak, Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Mata kadang salah melihat. Mulut kadang salah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Mohon maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya Aidiladha Sukaria di Hari Raya, Orang Tua Jangan dilupa, Jasa mereka sangat berharga, Kalaulah tiada mereka siapalah kita…

Andai jemari tak sempat berjabat. Jika raga tak bisa bersua. Bila Ada kata membekas luka. Semoga pintu maaf masih terbuka.

Apabila terjaga di pagi hari, Lihat semua berlawa sakan, Aidil adha berkunjung lagi, Marilah sama kita raikan.

Janganlah dikau terus berangan, Marilah kita bersembahyang raya, Ketupat rendang menjadi hidangan, Jamuan untuk tetamu yang mulia.

Kenapa pula bersembahyang raya, aku langsung tak tahu apa, Kanak-kanak bergembira, Yang tua bertemu mesra.

Kenapalah engkau bernasib malang, Hari nie hari rayalah rahim..!!! , 2 3 ekor lembu tumbang, Bagi mengikut sunnah Nabi Ibrahim.

Itulah sebab tak ambik perkembangan Sampai tak perasan bila hari raya, Semuanya tersenyum keriangan, Ada yang memberi ada yang menerima.

Jangan engkau termenung sahaja, Cepatlah siap untuk beraya, Ingin Achik ucapkan buat semua, Selamat Hari Raya Aidil Adha. FacebookTwitterGoogle+

No comments

Powered by Blogger.