Tips Mencegah Terkena Gigitan Serangga Charlie Dengan Mudah


Entry kali ini saya tiba-tiba teingat nak kongsikan tentang serangga charlie yang sebenarnya serangga berbahaya dan mempunyai bisa yang mampu merosakkan kulit seseorang. Menjadi trending sekarang dilaman sosial, tentang masalah si charlie ini yang sebenarnya serangga paling bahaya di dunia.

Apakah sebenarnya si charlie ini dan mengapa ia sangat berbahaya kepada kita? Saya akan kongsikan beberapa tips untuk mencegah daripada terkena gigitan si charlie ini.

Apa itu serangga Charlie?
Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra). Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan.

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia.

Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung.

Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.

Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove / staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya.

Lihat gambar dibawah:

Kesukaan Charlie ialah:
-Tertarik pada cahaya lampu waktu malam.

Cara-cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita:

-Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.

-Gunakan rangkaian nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya.

-Jangan duduk berhampiran dengan cahaya / lampu

-Jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus / tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.

-Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru . Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.