Tema Umum Sejarah Kertas 3 Bagi SPM 2016
Berikut adalah tajuk atau tema umum soalan bagi mata pelajaran Sejarah Kertas 3 (1249/3) untuk untuk calon persendirian bagi peperiksaan SPM 2016 sepertimana yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.
Tema Umum Sejarah Kertas 3 yang diberi adalah untuk membolehkan calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Khusus yang hanya akan diketahui pada hari peperiksaan nanti.
Calon hendaklah membuat persediaan awal untuk berbincang dan mengumpul maklumat berkaitan tema umum daripada pelbagai sumber.
Sejarah Kertas 3 SPM adalah open book test, jadi semua dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis, bahan fotostat dan bahan bercetak boleh dibawa masuk ke dalam dewan / bilik peperiksaan. Walaubagaimanapun alat atau peranti elektronik tidak dibenarkan sama sekali.
Post a Comment