Sinopsis Drama Love You Mr Arang (TV3)

                Love You Mr Arang

Nantikan drama terbaru yang bakal menghiasi slot Iris berjudul Love You Mr Arang. Menampilkan barisan pelakon seperti Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Dazrin Kamarudin, Ryzal Jaafar, Maria Farida dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd dibawah arahan Along Kamaludin. Nantikan tayangannya di kaca televisyen pada bulan November nanti.

JUDUL : LOVE YOU MR. ARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Iris TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ikhlas Jalil, Ani Maiyuni

WATAK PELAKON
Amirul Faqeem sebagai Fariz
Hanna Aqeela sebagai Irma
Dazrin Kamarudin sebagai Haziq
Ryzal Jaafar sebagai Imran
Maria Farida sebagai Datuk Sherry

SINOPSIS LOVE YOU MR ARANG
Ibu Irma, Datuk Sherry yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz. Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.

Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar.

Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.

Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju.

Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Walau bagaimanapun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.

Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz.

Kredit Gambar: myinfotaip.com

No comments

Powered by Blogger.