Shu Dinobatkan Pengawal Peribadi Paling Cantik Di China

                   Shu Dinobatkan Pengawal Peribadi Paling Cantik Di China

Seorang anggota tentera wanita yang bertugas pada Sidang Kemuncak G20 di China telah dinobatkan sebagai pengawal peribadi paling cantik oleh netizen di negara berkenaan.

Meskipun ketika itu pemimpin dunia sedang membincangkan mengenai isu penting di Hangzhou, namun orang ramai lebih berminat terhadap anggota tentera yang dikenali sebagai Shu Xin itu.

Dia berasal dari Guiyang dan gambar yang tersebar menunjukkan Shu sedang mengiringi Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi.

Pada 2013, Shu telah dinamakan sebagai 10 anggota tentera tercantik di China. Dia dilahirkan pada tahun 1990-an . Hanya setakat itu sahaja maklumat peribadi yang diperolehi oleh netizen.

Media China melaporkan Shu suka menyanyi dan menari dan pernah memenangi pertandingan menyanyi di Yancheng.

“Dia sangat menarik walaupun tanpa solekan,’’ demikian antara pujian yang diberikan kepada Shu.

Tidak terkecuali adalah mereka yang melamar Shu dan mahu berkahwin dengannya.

No comments

Powered by Blogger.