Ketahuilah Pokok Yang Sering Dihuni Oleh Makhluk Halus

                              post-feature-image

Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.

Berikut merupakan antara pokok yang dikatakan dihuni oleh makhluk halus :

1-Pokok Ara

Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

2-Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal pontianak.

3-Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal pontianak dan genderuwo. Jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan dari melalui pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.

4-Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tetapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu. Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.

5-Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau pontianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.

6-Pokok Bacang

Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.

Sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan namun jika ianya benar, hanya perlindungan daripada Allah S.W.T yang diminta agar terhindar daripada gangguan makhluk halus

No comments

Powered by Blogger.