Jadual dan Tarikh Bayaran Pencen 2016 Pesara Kerajaan


Jadual bayaran pencen yang disertakan ini adalah dikeluarkan oleh Portal Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana ia dapat memudahkan pesara kerajaan membuat semakan bayaran bulanan pencen menerusi akaun bank simpanan masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2016 

Tarikh Dapat Bayaran       Bulan          Hari
duit Pencen 2016

20 Januari                                1                Rabu
19 Februari                              2            Jumaat
21 Mac                                      3               Isnin  
21 April                                     4            Khamis
20 Mei                                       5             Jumaat
21 Jun                                        6              Selasa
21 Julai                                      7            Khamis
19 Ogos                                     8              Jumaat 21 September                          9                 Rabu
19 Oktober                              10              Rabu
21 November                          11               Isnin
19 Disember                           12               Isnin

INFO
Bolehkan pencen dituntut oleh orang lain selain daripada pesara / penerima pencen? 

Pesara / penerima pencen boleh melantik seorang wakil diri untuk membantu beliau dalam urusan pencen dengan bank.

Tetapi pelantikan wakil diri hanya dibenarkan di bawah Skim B sahaja.

Untuk melayakkan wakil diri dilantik, pesara / penerima pencen tersebut mestilah seorang yang uzur dan keadaan keuzurannya perlu dibuktikan melalui surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan atau doktor swasta, atau Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Daerah.

Pesara / penerima pencen perlu memohon kepada Bahagian pencen JPA untuk pelantikan wakil diri tersebut melalui Borang (JPA.BP.SKP.B07)

Pelantikan wakil diri adalah sah untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui jika masih diperlukan oleh pesara / penerima pencen.

Bolehkah pesara / penerima pencen menukar akaun bank? 

Pesara / penerima pencen boleh menukar akaun bank mereka tetapi notis sekurang-kurangnya dua bulan secara bertulis hendaklah diberi kepada Bahagian Pencen JPA sebelum akaun lama ditutup. Ini adalah untuk mengelakkan terputusnya bayaran pencen bulanan mereka.

Dalam keadaan di mana pesara / penerima pencen hilang buku akaun, adalah dinasihatkan agar akaun baru dibuka di bank yang sama supaya bayaran pencen boleh dipindahkan ke akaun baru tersebut.

Jika akaun baru dibuka di bank lain, pembayaran pencen mungkin tergendala oleh kerana bayaran pencen yang telah dihantar untuk dikreditkan ke dalam akaun lama perlu dikembalikan oleh bank berkenaan kepada Bahagian pencen JPA untuk diproses semula bagi pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain.


No comments

Powered by Blogger.