Inilah 5 Punca Anda Alami Gastrik

                  Image result for 5 Punca Gastrik

Nak tahu kenapa anda asyik terkena gastrik sahaja?Jom kenali punca gastrik di sini dan jangan lupa dapatkan nasihat doktor juga.

Gastrik adalah sejenis penykit yang sering dideritai oleh kebanyakan orang di seluruh dunia. Penyakit ini sangat mudah dihidapi dan ia berpunca daripada sikap lalai seseorang dalam menjaga waktu makannya.

Penyakit gastrik atau gastritis berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk menghadamkan makanan.

Sewaktu perut terasa lapar atau tubuh memerlukan makanan, perut akan mengeluarkan asid gastrik. Jika di dalam perut kosong atau tidak terdapat makanan, maka asid tersebut akan mengikis dinding permukaan dalam perut. Lama kelamaan dinding perut menjadi semakin nipis.

Antara Penyebab Gastrik:

1. Kandungan asid yang tinggi dalam perut

Penyakit gastrik ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.  Pada tahun 1982, dua orang saintis  iaitu Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylorii dengan ulser, yang mana bakteria tersebut bertindak mengikis dinding bahagian perut.

Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Ia boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

2. Makan makanan pedas

Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung mendapat gastrik asid. Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Inilah yang menyebabkan kenapa anda menjadi lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.

3. Makan tidak teratur

Adakah selama ini anda selalu makan tengahari tanpa bersarapan, atau juga sering makan sekali sehari atau menunggu hanya waktu lapar sahaja? Selain stres, kurang tidur, kepenatan serta tidak menjaga waktu makan yang betul juga boleh mengundang penyakit gastrik.  Cuba atur pola makanan anda 4-5 kali sehari, dalam jumlah sedikit namun dengan kandungan kalori yang cukup dalam sehari.

4. Merokok dengan kerap

Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia  yang terdapat di dalam rokok boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Ini bermakna jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda sehingga menimbulkan rasa ‘high’, secara automatic ia turut merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.

5. Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan

Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelas sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik!

Memanglah pada peringkat awal penyakit ini tidak begitu berbahaya, tetapi jika tidak dicegah boleh menjadi serius. Jika anda mengalami rasa sakit di pangkal ulu hati, sering rasa mual, perut kembung, muntah-muntah, ini bermakna anda sebenarnya mengalami simptom-simptom  penyakit gastrik.

Jadi, jangan pandang ringan terhadap penyakit ini kerana ia juga boleh mengundang maut. Sebelum terlambat, anda perlu betul-betul menjaga waktu makan supaya lebih teratur. Jika lalai keadaan anda boleh menjadi semakin parah. Apabila sudah mengalami muntah darah, pembedahan mungkin terpaksa dilakukan untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah dan ia boleh membuat maut. Maka mencegah itu lebih mudah daripada mengubati!

No comments

Powered by Blogger.