Imej Michael Jackson Muncul Di Gambar Selfie Anaknya

                                3

ANAK kepada penyanyi legenda, Michael Jackson, Paris Jackson menjadi perhatian netizen apabila foto selfienya dikatakan telah merakam wajah ayahnya.

Foto yang dimuat naik pada Mei lalu dikatakan telah merakam satu objek yang dikatakan menyerupai mendiang ayahnya yang meninggal dunia pada 2009.

                             parisj

Menurut sumber tempatan, ramai yang mula meninggalkan komen di gambar tersebut menanyakan tentang objek di belakang kereta yang dinaiki oleh Paris.

“Siapa yang berada di kerusi belakang? Ia kelihatan seperti Michael Jackson,” tulis seorang peminatnya.

Bagi Paris, dia tidak berasa takut jika benar ia merupakan imej ayahnya kerana dia yakin mendiang sentiasa berada di sampingnya untuk menjaganya. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.