Harga Terkini Kos Tunai Haji 2016 Tidak Mencecah RM10 Ribu


Kos atau bayaran untuk menunaikan ibadah haji di Mekah (Makkah) pada tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah tetap dikekalkan sebanyak RM9,980 seperti tahun sebelumnya bagi seorang jemaah.

Difahamkan kos sebenarnya telah mengalami kenaikan namun kos tersebut dikekalkan seperti tahun lalu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji di Malaysia.

Sebagai makluman, setiap tahun ada kos bertambah seperti hotel penginapan serta pengangkutan termasuk kos penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi dan juga penambahan kos mutawif . Bagaimanapun kos haji langsung bagi musim 1437H untuk jemaah haji tahun ini masih kekal sebanyak RM9,980.

Walaupun kos untuk mengerjakan ibadat haji bagi jemaah Haji Malaysia antara yang paling murah tetapi perkhidmatan diberikan kepada jemaah kekal menjadi yang terbaik.

Harga Sebenar Kos Tunai Haji Di Mekah

Untuk pengetahuan umum , kos sebenar bayaran Haji bagi Bakal Haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah pada tahun 2016 (1437H) adalah sebanyak RM18,890 namun Tabung Haji (TH) tetap meneruskan tanggungan (subsidi) sebanyak RM8,910 seorang.

Tanggungan (subsidi) berkenaan hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja.

Panduan Bayaran Haji langsung Bagi Musim Haji 1437H / 2016M 

Jenis Jemaah (Muassasah)
-Warganegara belum tunai haji
-Warganegara telah tunai haji

Kos Haji (RM)
-RM18,890
-RM18,890

Tanggungan Kos Haji (RM)
-RM8,910
-TIADA

Bayaran Haji (RM)
-RM9,980
-RM18,890

Jumlah Peruntukkan Subsidi Tahun 2016

Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM160 juta sebagai subsidi untuk mengurangkan kos haji kepada lebih 20,000 bakal jemaah Malaysia pada tahun 2016.

Tanggungan kos subsidi haji sebanyak RM8,910 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM160 juta itu membuktikan bahawa kedudukan kewangan TH yang kukuh dan komitmen kepada jemaah haji setiap tahun.


Maklumat Lengkap Permohonan Dan Pendaftaran Haji 

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji (TH) dengan klik tajuk pautan dibawah:
http://www.tabunghaji.gov.my/dalam-negara

No comments

Powered by Blogger.