Drama Lara Cinta Ameena Lakonan Raja Afiq dan Tiz Zaqyah

                Afiq Tiz

Drama Lara Cinta Ameena ini diarahkan oleh Suhaimi Lua Abdullah dan terbitan Tanah Beris Film Production.

“Insya-Allah, saya akan menjayakan drama bersiri Lara Cinta Ameena untuk Slot Samarinda TV3 bulan ini. Drama ini dijangka bersiaran bulan depan,” katanya.

Namanya agak sepi di persada hiburan tanah air ketika ini. Malah, wajahnya juga sudah jarang menghiasi kaca televisyen.

Justeru, ada segelintir pihak mendakwa Zarina Zainoordin sudah melupakan dunia lakonan selepas bergelar penyampai radio Best FM yang beroperasi di Johor Bahru.

Menurut bakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kedua ini (AF2), dia memperlahankan aktiviti seni buat sementara waktu kerana mahu fokus dengan tugasan di konti radio.

“Terus terang, bidang seni sudah sebati dengan diri. Alhamdulillah, pengurusan Best FM memahami minat saya. Malah, mereka memberi kelonggaran kepada saya meneruskan karier lakonan jika ada kelapangan.

No comments

Powered by Blogger.