Broc Brown Dinobat Sebagai Remaja Paling Tinggi Di Dunia Oleh Guinness Book Of Records

                          Broc Brown with his grandmother Joy Moss

Ukur ketinggian anda sekarang, adakah mencapai lebih daripada 200 cm? Jika tidak, anda masih lagi belum boleh melawan rekod Broc Brown, iaitu dengan ketinggian 233 cm sekaligus merupakan remaja paling tinggi di dunia sehingga diiktiraf oleh Guinness Book Of Records pada tahun 2016.

Ketinggian luar biasa Broc mula dikesan ketika beliau masih tadika lagi iaitu dengan mencapai ketinggian setinggi 157 cm, jauh berbeza dengan kanak-kanak yang seusia denganya.

Ketika masuk ke alam persekolahan menengah, ketinggian Broc meningkat pada 182 cm. Ini satu tumbesaran yang sangat luar biasa. Terkini, Broc mencapai ketinggian setinggi 223 cm. Dianggarkan ketinggian Broc meningkat sebanyak 15 cm setahun.

Proses ini dikenal pasti sebagai masalah gangguan genetik iaitu ‘sindrom sotos’ yang dihadapinya. Kelebihan mempunyai ketinggian ini juga menjadi tekanan buat Broc, lebih-lebih lagi beliau dilahirkan dengan satu buah pinggang sahaja.

Broc kini sudah mengalami kesukaran untuk belajar, tekanan pada jantung dan juga masalah tulang belakang yang semakin membengkok. Broc turut menyatakan, kadang-kadang terasa sakit seperti dicucuk jarum apabila beliau cuba melakukan sesuatu.

Broc hanya berharap Doktor mampu mengurangi kesakitan yang sedang beliau hadapi sementara terpaksa menanggung ketinggian yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Sumber:  TELEGRAPH

No comments

Powered by Blogger.