Ayuh Cipta Sejarah! World #QuranHour

                       Image result for World #QuranHour

Seluruh masyarakat tidak kira pemimpin keluarga mahupun agama diseru  menyertai gerakan World #QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Ahad ini.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, beliau mempelawa seluruh umat Islam menjadi sebahagian daripada sejarah World #QuranHour.

“Bawalah bersama keluarga, saudara dan rakan-rakan dan kita akan duduk bersama-sama untuk berinteraksi dengan al-Quran dan bertadabbur pada 9 Zulhijjah ini.

“Kita mahu masyarakat merasakan bahawa ini adalah permulaan serta momentum baharu yang menandakan orang Islam sudah mula mendekati al-Quran,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Online, di sini, hari ini.

World #QuranHour yang di¬sambut di seluruh dunia akan berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM mulai pukul 9 pagi, Ahad ini.

Jemaah haji yang berwukuf di Padang Arafah dan negara lain akan turut menyertai program itu di peringkat antarabangsa.

Kata Hussamuddin lagi, semua pihak khususnya ahli politik dan para ulamak supaya meninggalkan perbezaan politik masing-masing.

“Datanglah beramai-ramai pada Ahad ini, ketepikan perbezaan politik dan perbezaan fahaman. Kita bersatu kerana al-Quran,” katanya lagi.

No comments

Powered by Blogger.