8 Rahsia Cantik Di Hari Istimewa Perkahwinan


Adakah anda merupakan insan yang bakal menjadi raja sehari. Kalau Ya! Jom dapatkan tips perkahwinan di hari persandingan anda di sini.

Hari perkahwinan merupakan detik-detik penting dan terindah seumur hidup. Kan! Detik inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan bahagia bercinta.

Jadi, tidak hairanlah semua pasangan mempelai ingin tampil lebih cantik dan sempurna sehingga ribuan mata orang terpegun melihatnya! Haha! Seumur

Sebagai bakal ratu sehari, ada beberapa tips perkahwinan yang perlu anda praktik jika mahu tampil lebih cantik dan berkeyakinan di hari istimewa itu nanti.

1) Mantapkan Hati

Elakkan stres dan jangan terlalu banyak memikirkannya. Tekanan akan memberi kesan kepada keadaan kulit, rambut dan juga suasana hati anda.

Anda telah memilih si dia sebagai teman hidup anda sehidup semati, jadi cuba mantapkan hati ... ikhlaskan diri anda untuk terikat dalam sebuah perkahwinan.

Jika anda masih kelihatan ragu-ragu dengan perkahwinan tersebut, ia akan mempengaruhi aura anda di hari perkahwinan itu nnati. Kecantikan anda tidak akan terpancar sepenuhnya walaupun anda telah didandan cantik!

2) Penjagaan Wajah

Supaya wajah kelihatan lebih segar, sebaiknya lakukan rawatan wajah seperti facial, sebulan atau tiga minggu sebelum majlis perkahwinan.

Sebelum melakukanya, elok jika anda mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu. Apatah lagi, jika muka ada berjerawat.

Kehadiran jerawat bukan sahaja boleh merosakkan penampilan, bahkan membuatkan anda juga hilang keyakinan diri pada hari perkahwinan.

Walaupun boleh disembunyikan dengan mekap atau solekan, namun tidak sepenuhnya. Jika jerawat anda dalam keadaan parah, selain menjaga pemakanan ada juga perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kulit. Dengan nasihat, ubat-ubatan serta produk yang tepat, anda akan berjaya menyingkirkan jerwat sebelum hari bahagia anda.

3) Buat Pemeriksaan Gigi

Salah satu bahagian tubuh yang perlu diperiksa menjelang hari nan bahagia adalah gigi. Pada hari istimewa itu nanti anda pasti akan banyak tersenyum serta membalas ucapan tahniah yang diberikan.

Untuk mendapatkan senyuman yang menawan, setakat menggosok gigi dua kali sehari itu sebenarnya masih tidak mencukupi. Anda perlu ke doktor gigi bagi memperbaiki semua masalah gigi seperti gigi berlubang atau karang gigi yang boleh membuatkan mulut anda berbau busuk!

4) Masalah Rambut

Agar rambut lebih sihat dan bersinar, terutama pada hari persandingan, gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.

Elakkan mengggunakan pengering rambut terlalu kerap, tahan diri daripada menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, pewarna rambut, pelurus rambut dan sebagainya.

Cubalah potong rambut anda, setiap enam bulan untuk mencegah rambut bercabang atau 'pecah-pecah'.

Kelemumur kerap terjadi di kulit kepala yang kering dan berminyak. Ini boleh menyebabkan kegatalan di kepala. Anda tentu tidak ingin penampilan anda di hari perkahwinan itu menjadi rosak dengn adanya serpihan yang memutih di pakaian pengantin anda. Situasi ini cukup memalukan dan sebelum ia berlaku, lebih baik anda merawatnya.

5) Mata Panda

Stres dengan pekerjaan / pelajaran serta kurang rehat dan tidur boleh mengakibatkan munculnya lingkaran gelap bawah mata / mata panda atau bengkak.

Anda mungkin boleh menutupnya dengan concealer sehingga kelihatan lebih segar dan cantik semulajadi. Gunakan gel di bawah mata agar kulit halus ini terhidrat. Boleh juga tekap dengan ais untuk mengurangkan bengkak.

Sebagai calon pengantin, anda dinasihatkan tidak berjaga selepas jam 12 malam. Mata akan kelihatan penat dan sudah pasti ia akan mengurangkan kecantikan anda nanti.

6) Jangan Lupa 'waxing'!

Ramai wanita yang menyingkirkan rambut kemaluan ini sebelum hari perkahwinannya. Jika mahu, anda boleh memilih cukur, krim hair removal atau Brazilian wax.

7) Pedicure & Manicure

Kebanyakan perempuan mengabaikan rawatan ini sedangkan tangan dan kaki penting kerana ia boleh merosakan penampilan anda di hari bahagia.

Sebelum hari perkahwinan, lakukan pedicure dan manicure agar kaki dan tangan anda kelihatan bersih dan cantik.

8) Tubuh 'Fit'

Bersenam sangat penting jika anda mahu tampil dengan tubuh yang sesuai di hari bahagia itu nanti. Aktiviti sihat ini juga akan membantu anda mengurangkan rasa tekanan.

Semoga tips ini boleh membantu anda tampil lebih cantik di hari perkahwinan anda nanti.

No comments

Powered by Blogger.