8 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ziyad Zolkefli


Semalam, lagu Negaraku berkumandang di Rio, Brazil buat kali pertama selepas dua atlet Paralimpik berjaya meraih pingat emas.

Mereka berjaya melakar sejarah dengan menyumbang pingat pertama Paralimpik.

Selain Mohamad Ridzuan Puzi yang melakar sejarah dalam acara trek, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat emas dalam kategori F20 acara lontar peluru, sekali gus mencipta rekod dunia baharu dalam acara tersebut.

Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh seorang kanak-kanak istimewa negara.

Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Ziyad?

Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang atlet Paralimpik itu:

1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.

2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.

3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.

4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.

5. Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 lelaki dalam Kejohanan Sukan Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.

6. Selain itu, Wikipedia melaporkan, Ziyad turut raih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.

7. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

8. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman, lapor Free Malaysia Today.

No comments

Powered by Blogger.