6 Fakta Penting Kaitan Dr Haron Din dan Darussyifa

                               6 fakta penting kaitan Dr Haron Din dan Darussyifa

Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Darussyifa’ merupakan pelopor terawal dalam bidang pengubatan Islam di Malaysia.

Dengan berteraskan syariat Islam, Darussyifa’ telah mengorak langkah ke arah perkembangan pengubatan Islam khusus di Malaysia melalui pelbagai saluran.

Darussyifa’ turut mendapat perhatian daripada negara-negara lain dalam usaha memartabatkan pengubatan Islam di mata dunia.

Seperti mana kita tahu, idea penubuhan Darussyifa’ ini lahir daripada Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Haron Din.

Apakah peranan dan sumbangan yang disampaikan oleh Allahyarham?

1. Allahyarham merupakan pengasas pusat perubatan Islam Darussyifa'. Ia ditubuhkan pada 17 April 1988.

2. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia.

3. Selain berperanan sebagai pengasas, Allahyarham turut merawat pesakit yang hadir.

4. Dengan mengadakan kelas pengubatan Islam seminggu sekali di Darussyifa’, Allahyarham telah mengijazahkan lebih daripada 6000 orang graduan Darussyifa’.

5. Pada tahun 2016, Allahyarham melancarkan Yayasan Darussyifa’ dengan tujuan kebajikan Islam yang boleh menguntungkan masyarakat, dari segi kesihatan, pendidikan dan penyelidikan.

6. Pada Mac lalu, Allahyarham melancarkan Aplikasi Mudah Alih Mobile Islamic Ruqyah Medication System, bagi memudahkan perkhidmatan rawatan Islam, lapor Utusan Malaysia.

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar dan pelbagai pihak telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

No comments

Powered by Blogger.