5 Senaman Untuk Mengecilkan Masalah Perut Buncit

                senaman perut buncit - wom.my

Perut buncit sememangnya boleh menganggu penampilan. Jika diamati, perut buncit bukan hanya dimiliki oleh mereka yang bertubuh gemuk sahaja. Mereka yang bertubuh kuruspun boleh memiliki perut buncit.

Kebiasaan memakan makanan yang segera atau junk food boleh membuatkan perut menjadi buncit. Bahkan kurang bersenam dan tidak menjaga pola makan yang tidak teratur, makan makanan berlemak pada malam hari juga boleh menyebabkan perut buncit.

Mengatasi perut buncit,  tak kiralah anda sudah berkahwin, sudah melahirkan boleh anda praktik secara rutin dengan melakukan senaman perut buncit.Berikut ini beberapa gerakan senaman perut buncit yang cukup mudah untuk anda praktik bagi mengatasi masalah tersebut.

1-Push Up

Senaman perut buncit jenis push up ini boleh anda praktikkan di ruma. Push up merupakan senaman yang cukup popular kerana senaman ini mampu membantu membentuk tubuh, khususnya kekuatan otot tangan dan menjaga kesegaran tubuh

2-Sit Up

Senaman perut buncit jenis sit up paling sesuai dilakukan bagi anda yang telah melahirkan anak. Lakukannya  secara teratur.Gerakan sit up dipercayai dapat melatih dan memaksimakan kekuatan otot perut, selain itu melakukan sit up juga baik untuk kesihatan punggung, dada dan bahagian tubuh lainnya.

Melakukan senaman perut sit up ini cukup mudah, namun bagi anda yang masih baru, lakukanlah sit ups dengan meminta bantuan orang lain untuk memegang kaki anda. Awali gerakan sit ups dengan berbaring telentang, posisikan kedua tangan anda tepat di belakang kepala dan tekuk kaki anda, lakukan gerakan maju mundur. Pastikan tangan anda tetap berada di tempatnya, tidak terlepas dari atas kepala.

3-Prisoner Squats

Prisoner squats merupakan gerakan senaman terbaik dan efektif untuk menurunkan berat badan serta melatih kekuatan otot. Senaman perut buncit ini cukup mudah, mulakan dengan posisi berdiri dan buka kaki sedikit, kemudian letakkan kedua tangan ke belakang kepala (pastikan jika kedua tangan berada dalam posisi yang sejajar). Selepas itu  lanjutkan gerakan tubuh anda naik turun.

Sebenarnya senaman ini hampir sama dengan gerakan squat jump. Bezanya tidak ada gerakan melompat, sebaliknya anda hanya perlu melakukan gerakan naik turun dan sesekali menahan diri dalam posisi membongok selama beberapa saat, kemudian bangun kembali.

4-Jumping Jacks

Jumping jacks merupakan gerakan senaman bukan hanya bagus untuk membakar kalori di perut saja. Malahan cukup baik untuk meningkatkan kekuatan tubuh dan melepaskan stress. Melepaskan stress sekaligus meningkatkan sistem metabolisme tubuh dengan jumping jacks, iaitu gerakan melompat dan menutup.

Langkah pertama, ambil posisi berdiri dengan kaki yang merapat dan tangan berada di atas paha, lalu melompat dan menggeser kedua kaki ke samping bersamaan dengan menepukkan tangan ke udara dengan posisi tangan dan kaki yang tegak lurus.

5-Burpees

Senaman perut buncit dengan burpees. Burpees merupakan gerakan senaman yang agak sukar dan tidak ramai orang menyukainya. Burpees akan membantu membakar kalori di dalam tubuh, termasuk kalori berlebihan di perut. Mulakan dengan berjengket (letakkan kedua tangan tepat di samping kaki, lalu gerakan kaki ke belakang(sama seperti posisi awal ketika push up), lanjutkan dengan melakukan gerakan pertama dan akhiri dengan posisi berdiri dengan kaki merapat dan kedua tangan yang tegak lurus ke udara.

Selamat mencuba di rumah anda!

No comments

Powered by Blogger.