5 Lokasi Percutian Yang Menarik Anda Boleh Lawati Di Bali, Indonesia

                Image result for Pantai Jimbaran

Bali sememangnya popular sebagai salah satu destinasi percutian yang menarik di Indonesia, bukan sahaja menjadi buah mulut orang Malaysia malah turut terkenal di seluruh dunia.

Destinasi percutian jenis santai seperti ini sangatlah sesuai untuk anda rehatkan minda sambil cuci mata melihat keindahan panorama semulajadinya yang cantik!. Sinonim sebagai lokasi idaman, disini senarai 5 lokasi menarik yang anda boleh pergi di Bali, Indonesia.

1. Pantai Kuta

                 Image result for pantai kuta

Pantai Kuta merupakan tempat tarikan pelancongan yang sangat popular di Bali. Tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke sini. Keindahan Pantai Kuta menjadi buruan setiap pelancong yang datang, dan segi kos perbelanjaan pula sangat murah.

2. Pura Tanah Lot

                  Image result for Pura Tanah Lot

Pura Tanah Lot juga merupakan tempat terkenal di Bali, terutama untuk melihat matahari terbenam. Yang uniknya, mengikut kisah lagenda tempat ini merupakan tempat untuk menyerunya dewa laut.

Selain dari itu anda juga mungkin berpeluang bermesra bersama ular ‘suci’ yang jinak dan tidak merbahaya. Pastinya akan memberikan anda satu pengalaman yang cukup menarik.

3. Pantai Padang Padang

                 Image result for Pantai Padang Padang

Mungkin tidak terkenal seperti pantai yang lain di Bali, tetapi ternyata Pantai Padang Padang ini mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Pantai Padang merupakan pantai kecil yang tersembunyi di sebalik sebuah tebing di kawasan Pecatu, Uluwatu.

Untuk sampai ke sini anda harus melepasi sebuah tangga di laluan kawasan tebing. Pantai Padang Padang sangat popular dikalangan pelancong asing tetapi tidak bagi pelancong tempatan.

4. Danau Beratan Bedugul

               Image result for Danau Beratan Bedugul

Danau Beratan Bedugul ini terletak di kawasan pergunungan. Terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang cantik dan asli, banyak aktiviti dan permainan air yang boleh anda lakukan di sini.

5. Arung Jeram Sungai Ayung
                Image result for arung jeram sungai ayung

Puas bermain air masin, anda juga boleh menikmati hidangan air tawar dengan mandi-manda di Air Terjun di Arung Jeram Sungai Ayung di Bali. Kerjenihan air dan udara di sini sangatlah nyaman.

Jika anda berminat dengan aktiviti lasak, anda juga boleh cuba mendaki atau cuba permainan air yang telah disediakan di sini.

No comments

Powered by Blogger.