Usain Bolt Lakar Sejarah, Menang Emas Kali Ke-3
RIO DE JANEIRO: Dengan sorakan, “Bolt! Bolt! Bolt!” daripada penonton di stadium, atlet pecut Jamaica Usain Bolt mengungguli acara 100 meter lelaki apabila beliau memenangi pingat emas buat kali ketiga berturut-turut.
Detik bersejarah itu dirakamkan di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro, Ahad, masa Brazil.
Walaupun bukanlah rekod terbaiknya, namun larian Bolt masih mencatatkan masa yang mengagumkan dengan 9.81 saat, mengatasi atlet Amerika Syarikat Justin Gatlin (9.89 saat – perak) dan atlet Kanada Andre De Grasse (9.91 saat – gangsa).
Kemenangan Bolt ini menjadikan atlet sukan pecut berusia 34 tahun ini satu-satunya yang memenangi pingat emas dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut.
Bolt sebelum ini menang di Sukan Olimpik yang dianjurkan Beijing dan London.
Mengenai pesaing terdekatnya, Andre de Grasse, Bolt mengatakan bahawa atlet Kanada itu akan menjadi lebih baik di masa akan datang.
“De Grasse mempunyai gaya larian yang seakan-akan sama dengan saya. Walaupun dia lebih rendah berbanding saya, namun saya yakin prestasinya akan meningkat tidak lama lagi jika dia boleh mengatasi beberapa halangan yang disebabkan ketinggiannya itu,” kata Bolt.-MYNEWSHUB.CC
Usain Bolt Wins 100m Final 9.81 - Olympics 2016 RIO
Post a Comment