Usahawan Tudung Didakwa Punca Cinta Fattah Amin & Sherry Ibrahim Berakhir?

                            post-feature-image


Siapa sangka percintaan antara selebriti terkenal iaitu Fattah Amin dan Sherry Ibrahim akhirnya putus setelah dua tahun mereka menjalinkan hubungan.

Kisah mereka mula mendapat perhatian peminat sehinggakan ada yang mendakwa usahawan tudung terkenal iaitu Hanis Arif menjadi punca hubungan mereka berakhir.

Namun, Hanis menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau hanya berkawan dengan Fattah sejak tiga tahun yang lalu.

"Saya terkejut apabila dikaitkan sebagai punca mereka berpisah, saya mengenali Fattah sejak tiga tahun lalu sebagai rakan biasa sahaja dan tiada hubungan istimewa.

"Mungkin orang nampak kami berjumpa minggu lalu, namun ia atas urusan kerja kerana Fattah minta saya bantu dia menjayakan sebuah program berkaitan fesyen muslimah terbitan A. Aida Production.

"Kami berjumpa pada pukul 11 malam di sebuah kedai mamak di Subang kerana itu sahaja masa yang ada, bukanlah pukul 1 pagi seperti yang diperkatakan pemilik media sosial," ujarnya.

                             Usahawan Tudung Didakwa Punca Cinta Fattah Amin & Sherry Ibrahim Berakhir?
                                                                  Hanis Arif

Hanis yang merupakan pengasas tudung Ruffle mengatakan beliau tidak berhubung dengan Fattah selepas pertemuan mereka minggu lalu.

"Saya melihat kisah ini agak kelakar, mungkin saya wanita terakhir yang orang nampak bersama Fattah sebelum dia mengumumkan putus cinta itu.

"Sebenarnya, selepas kami berjumpa minggu lalu kami belum ada berhubung sehingga sekarang," ujarnya.

Selain itu, Hanis mengakui menerima banyak mesej peribadi di laman sosial yang menuduh dia cuba mengganggu hubungan pasangan tersebut namun dia tidak melayan mesej-mesej berkenaan.
"Saya dapat banyak mesej peribadi di Instagram sejak minggu lalu daripada peminat-peminat mereka berdua yang nampak saya dan Fattah bertemu.

"Ramai hantar mesej yang marah dan sangka saya cuba menganggu hubungan pasangan itu, walhal saya pun tidak tahu mereka bermasalah. Tapi saya malas nak layan sebab ia tidak betul," ujarnya.

Namun, sehingga kini masih belum ada penjelasan lebih lanjut dari Sherry berkenaan isu ini. Difahamkan Sherry kini berada di luar negara dan juga meminta peminat memberi ruang untuk menenangkan diri.  

No comments

Powered by Blogger.