UNFCCC Berkata Malaysia Bakal Di Tenggelami Air Menjelang Tahun 2100

                            
                                                           Gambar Hiasan

Bukan mitos dan juga bukan dongeng! Beberapa Bandar utama dipersisir pantai Malaysia bakal ditenggelami air laut pada tahun 2100.

Ini adalah berikutan fenomena peningkatan aras laut dibeberapa pesisir pantai Malaysia, hasil kajian antarabangsa, sekiranya Malaysia tidak memenuhi garis panduan Kerangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, peningkatan paras air laut adalah diakibatkan daripada pencairan ais di seluruh dunia akibat daripada perubahan iklim.

                           

Antara garis panduan yang ditetapkan adalah seperti pengurangan pelepasan karbon dan pengasingan sisa buangan perlu ditingkatkan.

Tambahnya lagi, menurut kejian antarabangsa itu, kenaikan paras laut tertinggi dijangka berlaku di pantai Kedah, Kelantan, Sarawak (Miri) dan Sabah (Tawau).
Negara lain yang turut mendapat kesan serupa adalah Bangladesh.

Sumber:  Bernama,Malaysia Kini.

No comments

Powered by Blogger.