TMJ 'Tinggalkan' JDT Jika Berjaya Juarai Liga Super Kali Ketiga Berturut-turut

                               TMJ 'tinggalkan' JDT jika berjaya juarai Liga Super kali ketiga berturut-turut

PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tengku Ismail Sultan Ibrahim, mengumumkan kemungkinan akan berehat seketika daripada bola sepak.

Hal itu akan dilakukan jika JDT berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super untuk kali ketiga berturut-turut, tahun ini.

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tengku Ismail yang mesra disapa TMJ memberitahu, berehat daripada bola sepak bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukannya.

                             

Namun, dalam tempoh rehat itu, TMJ yakin akan terus aktif terbabit dalam aktiviti lain yang akan mendekatkannya dengan seluruh rakyat negeri Johor.

Dalam pada itu, TMJ turut mengulas kegagalan JDT dalam saingan Piala Malaysia apabila kelab gergasi itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

Kata TMJ, sedari awal lagi, Piala Malaysia bukan keutamaan JDT memandangkan pasukan itu terpaksa bersaing dalam tiga kejohanan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala AFC.

Justeru, mengorbankan Piala Malaysia merupakan langkah yang terpaksa diambil demi menjaga kepentingan pemain dan pasukan.
JDT kini dalam kedudukan selesa untuk menggenggam kejuaraan Liga Super, selain masih bersaing untuk mengekalkan kejuaraan Piala AFC untuk tahun kedua.

Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.