Tarikh Hari Raya Haji 2016 Aidiladha di Malaysia

                           Tarikh Hari Raya Haji Korban Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Idul Adha pada tarikh 12 September 2016 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1437 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2016M – 1437H bagi negara ini.

Keputusan bagi menetapkan Hari Raya Haji (Korban) tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah adalah berdasarkan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

TARIKH HARI RAYA HAJI (AIDILADHA / KORBAN) 2016 DI MALAYSIA 

Tarikh penetapan Hari Raya Haji / Aidiadha 2016 pada 12 September ini bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada hari Khamis 1 September 2016 Masih bersamaan 29 Zulkaedah 1437 Hijrah

                               Tarikh Hari Raya Haji 2016 JAKIM

Rujukan Tarikh Hari Raya Haji (Aidiladha) 2016 

Di Malaysia Menerusi rujukan terhadap senarai tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti lampiran yang disertakan, 10 Zulhijjah 1437 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 12 September 2016

TARIKH DAN TEMPAT TENGOK ANAK BULAN ZULHIJJAH 2016

                             Mencerap Anak Bulan

Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Zulhijjah bagi menentukan serta menetapkan Tarikh Hari Raya Qurban (Haji) tahun ini adalah pada lewat petang hari Khamis, 1 September 2016 bersamaan 29 Zulkaedah 1437 Hijrah .

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Qurban yang telah ditetapkan, melalui radio dan televisyen .

No comments

Powered by Blogger.