Sinopsis Drama Terbaru Park Bo Gum Moonlight Drawn by Clouds

                                           park-bo-gum_1470267570_mn


Drama Korea terbaru “Moonlight Drawn by Clouds” ini diadaptasi daripada sebuah ‘novel web’ popular karya Yoon Yi-Soo yang berjudul “Gooreumi Geurin Dalbit” yang di mana pertama kali diterbitkan pada 04 Oktober 2013 hingga 10 Oktober 2014 melalui laman webnovel.naver.com/webtoon.

Sementara itu, untuk naskah  drama bersiri “Moonlight Drawn by Clouds” ini diolah skrip oleh Kim Min-Jung dan Im Ye-Jin, dibawah arahan pengarahan Kim Sung-Yoon. Clouds (2016)– drama”Moonlight Drawn by the Clouds” mempertemukan dua artis muda korea sebagai pelakon utamanya, iaitu Park Bo Gum yang cukup popular melalui drama Reply 1998 dan Kim Yoo Jung yang cukup popular dengan drama Angry Mum,”Moonlight Drawn by the Clouds” adalah menceritakan mengenai seorang putera muda, Park Bo Gum, yang telah bertemu dengan Kim Yoo Jung, wanita yang menyamar sebagai lelaki dan telah masuk ke istana Bo Gum. Jadi jom RP   kongsikan Sipnosis Drama Terbaru Park Bo Gum Moonlight Drawn by Clouds;

Sinopsis “Moonlight Drawn by Clouds” :

Drama Korea “Moonlight Drawn by Clouds” ini berkisahkan tentang Hong Ra-On  (lakonan Kim Yoo Jung) yang telah melakukan penyamaran untuk menjadi  seorang lelaki dan kerana sebuah surat cinta yang dia tulis untuk pelangganya, Hong Ra-On akhirnya berjumpa dengan Putera Mahkota Hyomyeong (lakonan Park Bo-Gum).

Hong Ra-On tidak sama sekali mengetahui bahawa Hyomyeong adalah Putera Mahkota dan Hyomyeong juga tidak mengetahui bahawa Hong Ra-On adalah sebenarnya seorang wanita. Putera Mahkota akhirnya menyukai Hong Ra-On. Apakah yang akan terjadi dianatara mereka, jadi mari kita saksikan apakah kesudahannya.

Fakta mengenai Drama Moonlight Drawn by Clouds :

Tajuk: Moonlight Drawn by Clouds
Tajuk novel : Gooreumi Geurin Dalbit
Sutradara : Kim Sung-Yoon
Penulis skrip : Yoon Yi-Soo (untuk web novel), kk (untuk web novel), Kim Min-Jung, Im Ye-Jin
Channel : KBS2 (391 & 392) – jam 9.00 malam, selasa & rabu.
Episode :20
Tanggal rilis :22 Ogos 2016
Bahasa : Korea
Negara : Korea Selatan

Pelakon Moonlight Drawn by Clouds :

Park Bo-Gum (Pemeran Putra Mahkota Hyomyeong)
Kim Yoon Jung(Sebagai Hong Ra On)

No comments

Powered by Blogger.