Samsung Malaysia Menawarkan Skim Perlindungan Skrin Untuk Telefon Pintar

                                

Skrin peranti pecah ialah mimpi buruk yang cukup ditakuti pemilik peranti. Kos menukar skrin baru pula tinggi dan tidak mengejutkan ramai pengguna masih terus menggunakan skrin retak selagi tidak mengakibatkan luka pada jari. Kos menggantikan skrin berbeza mengikut pengeluar. Untuk Galaxy S7 Edge contohnya kos menggantikan skrin dwi-lengkung boleh mencecah RM 1160. Oleh itu Samsung memperkenalkan skim perlindungan skrin untuk beberapa peranti terpilih.

                                Samsung-Screen-Protection-2

Skim Samsung Screen Protetction akan memberikan perlindungan skrin selama setahun dengan bayaran RM 149. Sekiranya skrin peranti anda retak, anda hanya perlu membayar RM100 untuk menampung kos buruh. Tiada bayaran tambahan untuk menggantikan komponen yang rosak. Skim ini hanya boleh dituntut sekali untuk setiap peranti dan ditawarkan pada pusat Samsung Express Service tertentu sahaja. Ia turut perlu dibeli dalam masa 30 hari selepas peranti dibeli. Tawaran skim hanya boleh dilakukan dengan pembelian Galaxy S7 Edge, S7 Edge Injustice Edition, S7, Note 5, Note 7  A7 (2016) dan A9 Pro (2016). Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan di bawah.

SUMBER RUJUKAN:  SAMSUNG

No comments

Powered by Blogger.