Pokemon Go Kini Mula Memaparkan Amaran Jika Bermain Ketika Memandu

                          

Pokemon Go telah dilancarkan di Malaysia pada penghujung minggu lepas, dan sejak daripadanya, ramai pengguna tempatan yang telah mula memainkannya secara aktif. Ini juga secara tidak langsung membawa kepada beberapa masalah – terutamanya mereka yang tidak bertanggungjawab dan memainkan permainan ini ketika memandu.

                                             Pokemon Go

Untuk mengatasi masalah ini, kini pembangun permainan berkenaan sendiri telah menyertakan amaran ketika pemandu. Melalui kemaskini baru, sekiranya pengguna membuka aplikasi Pokemon Go ketika sedang memandu, sebuah amaran akan dipaparkan supaya tidak memainkannya.

Disamping itu, kemaskini baru juga membolehkan pemain mengubah nama Trainer mereka, dan beberapa kemaskini yang lain.

Bagi anda yang memainkan permainan Pokemon Go, anda boleh mengemaskini aplikasi Android atau iPhone anda dan menikmati ciri-ciri baru yang dibawakan ini.

SUMBER RUJUKAN: POKEMON GO

No comments

Powered by Blogger.