Pasukan Olimpik Brazil Juara Temasya Olimpik Rio 2016 Selepas Mengalahkan Jerman

                             Jaringan Neymar mengesahkan emas Olimpik bola sepak pertama Brazil
                                                                             Neymar

RIO DE JANEIRO: Neymar mengesahkan emas pertama Olimpik buat Brazil apabila tendangan penaltinya menerjah jaring pasukan Jerman setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 di Maracana sebentar tadi.

Jaringan kemenangan 5-4 Brazil itu juga dianggap sebagai membalas dendam di atas keputusan memalukan kalah 1-7 kepada Jerman di Piala Dunia dua tahun lalu.

Emas Olimpik ialah satu-satunya gelaran berprestij yang gagal dirangkul juara dunia lima kali Brazil dalam sejarah bola sepak negara itu.

Bintang Barcelona itu membawa pasukan Brazil mendahului jaringan melalui sepakan percuma yang menarik pada separuh masa pertama.

Namun, Jerman meletakkan kedudukan seri hingga ke akhir masa tambahan 30 minit melalui jaringan kapten pasukan Max Meyer pada minit ke-59.

No comments

Powered by Blogger.