Olimpik: Pasangan V Shem-Wee Kiong Berjaya Ke Final Olimpik, Rio 2016

                                Olimpik: Pasangan V Shem-Wee Kiong Hampiri Emas

RIO DE JANEIRO – Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakar sejarah apabila melangkah ke final sebentar tadi.

Selepas menyingkirkan pasangan nombor satu dunia, V Shem-Wee Kiong meneruskan aksi cemerlang dengan menundukkan beregu kelima dunia dari China pula, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 12-21, 21-17 dalam masa 64 minit.

Kejayaan itu menyaksikan sekurang-kurangnya pingat perak sudah berada dalam tangan mereka.

Terdahulu kem badminton turut ceria apabila Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melangkah ke final acara beregu campuran juga dengan menundukkan pemain China. – Berita Harian


No comments

Powered by Blogger.