Mesin Lipat Baju Khas Buat Mereka Yang Sibuk Bekerja

                                   foldimate1-1000x667

Rutin harian yang padat di tempat kerja seringkali membuatkan anda tidak mempunyai masa untuk membuat sebahagian daripada kerja rumah. Jika sebelum ini kerja-kerja membasuh baju diserahkan kepada mesin basuh, kini FoldiMate bakal membantu anda untuk membuat kerja melipat baju. Sangat mudah bukan?

Adakah mesin lipat baju ini untuk orang yang malas? Jawapannya tidak bagi pendapat saya. FoldiMate bukan saja bakal membantu anda melipat baju malah diberi semburan wangi yang disertakan di dalam mesin. Pastinya masa yang digunakan untuk melipat baju dapat digunakan digunakan sebaiknya bersama keluarga. Saya jamin isteri anda pasti gembira.

Buat mereka yang berminat dengan Foldimate, mungkin anda perlu tunggu seketika memandangkan mesin ini bakal dijual kepada umum pada tahun hadapan. Malangnya, mesin yang sangat membantu ini tidak hadir dengan harga yang berpatutan untuk kegunaan umum iaitu $700 USD hingga $850 USD. Mungkin juga disebabkan pengunaan teknologi yang digunakan masih baru.

Adakah ini suatu permulaan untuk sebuah mesin melipat baju sepertimana permulaan sebuah mesin basuh? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

FoldiMate Family™ : Robotic Laundry Folding Machine

No comments

Powered by Blogger.