MaybankPay Kini Ditawarkan Untuk Dimuat-Turun Melalui Google Play Store

                              

Maybank telah memperkenalkan sokongan pembayaran mudah-alih melalui peranti Android dengan fungsi NFC tidak lama sebelum ini, dinamakan sebagai MaybankPay. Ketika pengenalan, ia hanya ditawarkan untuk pengguna melalui pendaftaran beta tertutup sahaja, dan tidak ditawarkan untuk semua.

Kini, selepas beberapa minggu, Maybank dilihat telah mula menawarkan MaybankPay melalui Google Play Store.

Menggunakan aplikasi MaybankPay, pengguna boleh menambah kad kredit atau debit Visa pada aplikasi berkenaan di peranti mudah-alih, dan seterusnya pengguna boleh membuat pembayaran dengan mudah melalui telefon pintar. Namun, jumlah telefon pintar yang disokong agak terhad, dan memerlukan fungsi NFC untuk beroperasi.

Pengguna yang memuat-turun MaybankPay ini, anda boleh menggunakan peranti pintar anda dalam membuat pembayaran di terminal Visa PayWave seluruh negara.

Selain daripada Maybank, pihak Samsung turut menyasarkan untuk memperkenalkan SamsungPay di Malaysia sekitar penghujung tahun 2016 ini.

MaybankPay - The First Mobile Wallet in Malaysia


No comments

Powered by Blogger.