Live Streaming Separuh Akhir Sukan Olimpik Rio Lee Chong Wei vs Lin Dan 19 Ogos 2016

                            Keputusan Live Lee Chong Wei Lin Dan Olimpik 2016

Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) serta Lin Dan (China) akan membuat perhitungan dalam perlawanan separuh akhir (Semifinal) bagi acara Badminton Perseorangan Lelaki di Temasya Sukan Olimpik Rio Brazil 2016.

Datuk Lee Chong Wei pastinya akan memanfaatkan perlawanan menentang Lin Dan kerana ini merupakan penampilan terakhir beliau dalam temasya sukan Olimpik selain mahu menebus kekecewaan lalu apabila tewas kepada Lin Dan dalam dua perlawanan akhir Olimpik sebelum ini.

 Lee Chong Wei dilihat memikul tugas berat berikutan semua rakyat Malaysia mengharapkan pingat emas Olimpik daripada beliau. Sekiranya dapat menewaskan Lin Dan dalam aksi separuh akhir ini impian untuk meraih pingat emas mungkin menjadi kenyataan .

Lin Dan yang juga pemain nombor tiga dunia itu lebih “berbisa” dalam temasya Olimpik berbanding rakan senegaranya Chen Long yang kini berada di tangga kedua. Justeru itu Lee Chong Wei bakal menerima tentangan sengit daripadanya.

Memandangkan Rio 2016 adalah penampilan terakhir Chong Wei dalam sukan Olimpik, sudah tentu menyerah kalah bukan satu pilihan sebaliknya terus lawan, lawan dan lawan.

Keputusan Terkini Lee Chong Wei Vs Lin Dan 19.8.2016 Badminton Separuh Akhir Olimpik Rio 

Aksi pertembungan Lee Chong Wei menentang Lin Dan bagi perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki badminton dijadualkan berlangsung di Riocentro Pavilion 4, Rio Brazil pada jam 7:30 malam, Jumaat waktu Malaysia

Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan Semi Final bagi acara perseorangan lelaki Badminton membabitkan Datuk Lee Chong Wei lawan (lwn) Lin Dan yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi permainan:

Badminton Perseorangan Lelaki Separuh Akhir Olimpik Rio 2016 :
Tarikh                  Masa                    Pemain                                          Set 1         Set 2        Set 3
19 Ogos           7:30PM        Lee Chong Wei VS  Lin Dan 15-21 21-11 22-20

Live Streaming Lee Chong Wei Vs Lin Dan 19 Ogos 2016 Badminton Separuh Akhir Olimpik Rio Aksi perlawanan badminton di antara Lee Chong Wei menentang Lin Dan turut disiarkan secara siaran langsung oleh RTM TV1 dan juga saluran sukan Astro Arena 801.

KLIK DISINI

Tahniah Lee Chong Wei berjaya layak ke final Sukan Olimpik Rio 2016 selepas berhempas pulas mengalahkan musuh tradisi dari China , Lin Dan.

Sumber: mysumber.com

No comments

Powered by Blogger.