Jualan Auto Merdeka Naza Tawar Hadiah Ducati Panigale

                                   

Kumpulan Syarikat Naza menyambut Merdeka tahun ini dengan mengadakan pesta Jualan Auto Merdeka di Naza Automall, Petaling Jaya.

Pesta jualan itu akan berlangsung dari 31 Ogos sehingga 4 September, jam 10 pagi hingga 7 petang.

Selain dari tawaran harga runtuh untuk unit-unit kenderaan mewah terpakai ditingkat-pulih (reconditioned atau recond) yang dijual oleh Naza Motor Trading, syarikat-syarikat automotif lain di bawah payung Naza juga turut mengadakan promosi menarik semasa pesta tersebut.

Antaranya ialah Ferrari, Maserati, Brabus, Mercedes-Benz (NZ Wheels), Chevrolet, Citroen, Peugeot, Kia, Perodua (Naza Mekar), Indian Motorcycles, Victory, Harley-Davidson, Ducati, Vespa, Aprilia dan Naza Bikes.

Syarikat-syarikat Naza yang bukan di bawah segmen automotif seperti Naza Coverage dan Naza Credit juga akan berada di acara tersebut untuk menawarkan perkhidmatan mereka.

Institusi kewangan seperti Maybank, Ambank dan Public Bank akan sama membuka kaunter bagi memberi bantuan pembiayaan automotif anda.

                                             poster-02

Di bawah ialah fakta-fakta lain mengenai Jualan Auto Merdeka Naza pada 31 ogos sehingga 4 September ini.

-Pelbagai pertandingan dan peraduan diadakan. Pertandingan utama Beli dan Menang menawarkan sebuah superbike Ducati Panigale sebagai hadiah utama dan lima unit Vespa LT150 sebagai hadiah saguhati.

-Pemenang cabutan bertuah pula akan mendapat sebuah iPad Air 2. Hadiah-hadiah cabutan bertuah yang lain termasuk pelbagai barangan berjenama yang menarik.

-Acara lain ialah Car-of-the-Day dan Bike-of-the-Day, pertandingan Instagram, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti keluarga yang lain.

-Naza Bikes akan melancarkan model terbaharu mereka sewaktu pesta jualan tersebut.

-Chevrolet akan mempertontonkan trak pikap sporti mereka, Colorado Sports yang datang siap dengan talaan sistem gantungan yang sesuai untuk pemanduan agresif di tarmac.

-Brabus pula tampil dengan Startech Land Rover yang memang nampak ranggi.

-Syarikat automotif yang lain akan mempamerkan model-model baharu seperti Scrambler by Ducati, Harley-Davidson CVO Pro Street Breakout, Roadster 1200CX dan Softail Slim S. Tidak dilupakan, model Vespa S125.

-Dua stesen radio, Kool FM dan Hot FM akan berada di sana untuk memberikan publisiti secukupnya.

No comments

Powered by Blogger.