Inilah Aplikasi Memudahkan Jemaah Haji

                Aplikasi Memudahkan Jemaah Haji

TERDAPAT beberapa aplikasi dan laman web yang menyediakan panduan untuk menunaikan haji dan juga umrah.

Terkini, salah satu aplikasi yang telah diperkenalkan daripada pembangun tempatan adalah Haji-Umrah.

Haji-Umrah menawarkan maklumat praktikal dan interaktif berdasarkan bahan rujukan yang diperoleh dari Tabung Haji.

Kandungan dalam aplikasi dirujuk kepada pihak Bahagian Bimbingan Jabatan Haji bagi memastikan maklumat selari mengikut Mazhab Imam Shafie.

Ia membantu para jemaah mengingati semula ibadah rukun dan wajib di samping perkara sunat yang perlu dibuat ketika berada dalam sesuatu tempat, contohnya ketika jemaah mengerjakan tawaf dan saie.

Selain itu, ia memudahkan pengurusan mutawif, sebagai contoh, dapat mengumpulkan kumpulan jemaah pada tempat yang ditetapkan mengikut jadual yang diaturkan.

Haji-Umrah turut mengintegrasikan fungsi menawarkan panduan untuk membaca doa yang sepatutnya pada lokasi yang tepat, disamping membolehkan anda turut mengetahui sejarah di beberapa lokasi ketika menunaikan umrah dan haji.

Kehidupan rutin di Makkah dan Madinah boleh dijalankan dengan mudah kerana terdapat maklumat mengenai lokasi hospital, hotel, restoran dan pusat membeli-belah dicari dengan hanya menekan cari kemudahan.


No comments

Powered by Blogger.