Ekoran Kereta Che Ta Hilang Dicuri, Polis Dedah Kejadian Sebenar Yang Berlaku

                           post-feature-image

Semalam kecoh apabila kereta Toyota Vellfire warna hitam milik pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta hilang dicuri di kawasan kediamannya.

Che Ta telah membuat laporan polis berhubung kes ini. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati suspek merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut.

"Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi semalam.

"Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas.

“Namun kami sedaya upaya mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya.

                             Ekoran Kereta Che Ta Hilang Dicuri, Polis Dedah KEJADIAN SEBENAR Yang Berlaku!

Pada masa yang sama, ACP Azlin turut meminta orang ramai yang mendapat informasi mengenai kereta dengan nombor pendaftaran WWQ 93 supaya menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000 itu, terdapat beberapa barang berharga milik Rozita yang berada di dalam  kereta itu seperti beg tangan dan kasut turut yang turut dilarikan.

No comments

Powered by Blogger.