Dikritik Kongsi Rumah Baru Kepada Umum, Ini Komen Neelofa Bikin Panas

                            post-feature-image


Baru-baru ini pengacara popular Neelofa telah memuat naik satu video memaparkan ruang dalam rumah baharunya bukan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan Neelofa itu atas faktor keselamatan. Malah, ada juga mengatakan beliau seakan untuk menujukkan rumah mewahnya.

Namun, bagi Neelofa, itu adalah hak peribadinya dan ianya tidak keterlaluan untuk berkongsi dengan peminat.

"Orang tidak tahu lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsi di media sosial.

"Saya berhak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosial peribadi.

"Jika tidak di kongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsi tentang rumah saya itu di laman youtube Ilofayou," ujarnya.

                             Dikritik Kongsi Rumah Baru Kepada Umum, Ini Komen Neelofa MENGEJUTKAN!

Malah, Neelofa mendedahkan rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya setelah diubah suai serta bakal berpindah ke rumah barunya itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Neelofa akan kembali aktif dalam dunia lakonan dan bakal memulakan penggambaran drama 16 episod berjudul Suri Hati Mr Pilot pada 21 Ogos ini.

"Insya-Allah sebelum menunaikan haji pada 5 Ogos, saya akan selesaikan penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot bersama Fatah Amin di bawah arahan Micheal Ang.

"Saya memang sudah rancang untuk berlakon drama episod sejak awal tahun ini tapi terlalu sibuk dengan bisnes.

"Alhamdulillah, ini adalah masa yang sesuai untuk saya kembali ke bidang lakonan," ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.