Digi Melancarkan Pakej Prabayar Baru Dengan Penawaran Penstriman Data Percuma 8GB

                            Digi Live Prepaid

Digi hari ini telah memperkenalkan pakej prabayar yang serba baru dan menyasarkan penawaran data percuma untuk tujuan penstriman video dan muzik, iaitu Digi LiVE Prepaid.

Melalui Digi LiVE Prepaid, syarikat telekomunikasi ini menawarkan data percuma sebanyak 8GB untuk para pelanggan mereka sebagai tambahan kepada data yang dilanggan anda setiap bulan. Pada masa yang sama, penawaran data tambahan ini hanyalah terhad untuk digunakan pada rangkaian 4G LTE – dan ditawarkan secara berperingkat.

Digi mengehadkan penawaran data percuma 1GB untuk penstriman video, dan 1GB untuk penstriman muzik – setiap minggu. Ini bermakna, secara jumlahnya, pengguna akan menerima 8GB percuma setiap bulan, dimana 4GB adalah untuk penstriman video, dan 4GB lagi adalah untuk penstriman muzik.

Penawaran data percuma untuk muzik meliputi pelbagai perkhidmatan dibawah Digi Music Freedom, termasuk Spotify, Deezer, JOOX dan sebagainya. Untuk video pula, Digi meliputi perkhidmatan YouTube, iFlix, Astro On-The-Go, Tonton, Viu, Dailymotion dan juga HyppTV Everywhere.

Bagi pengguna prabayar Digi yang sedia ada, anda boleh beralih kepada pakej Digi LiVE Prepaid ini secara percuma dengan mendail *128*1*4#. Walaubagaimanapun, perubahan pelan ini akan mengubah pelbagai tetapan sedia ada pada pelan anda. Bagi pelanggan baru, anda boleh mendapatkan kad-SIM Digi LiVE Prepaid ini bermula hari ini.

No comments

Powered by Blogger.