Cristiano Ronaldo Dinobat Pemain Terbaik Eropah Musim 2015-2016

                                 1409249571383_wps_4_epa04372627_Portuguese_pl

BINTANG kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan pemain terbaik Eropah oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) bagi musim 2015-16, pada Khamis.

Ronaldo dipilih dalam penganugerahan yang berlangsung di Monaco itu selepas dia membantu Portugal menjuarai Kejohanan Eropah selain mempamerkan kempen cemerlang dengan kelab Real Madrid di Sepanyol.

Dengan kemenangan itu, pemain bola sepak sensasi ini berjaya menewaskan tiga lagi pesaingnya iaitu Gareth Bale, Atletico Madrid dan Antoine Griezmann.

Untuk rekod terdahulu, pemain berusia 31 tahun ini pernah menerima anugerah berprestij ini sebanyak tiga kali.

Sepanjang musim lalu, Ronaldo berjaya menjaringkan 51 gol dalam 48 penampilan bersama kelabnya.

Manakala, di Liga Juara-Juara Eropah, Ronaldo membantu Portugal menjaringkan 16 gol dalam 12 perlawanan sebelum mendakap piala juara Euro 2016 di Perancis. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.