8 Khasiat Sebenar Air Barli

                Khasiat Air Barli - Women Online Magazine

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.Barli mengandungi kedua-dua jenis serat iaitu mudah larut dan tidak mudah larut.

Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan baik.

Khasiat Air Barli:

-Mengurangkan panas badan dan ketidakselesaan.
-Membantu melawaskan masalah kencing.
-Meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.
-Merendahkan kolesterol.
-Meredakan sakit perut dan sembelit.
-Mencegah serangan penyakit kanser.
-Mengurangkan risiko kencing manis.
-Merawat dan mengurangkan luka ringan.

Anda ingin tahu apa yang terkandung dalam Air Barli?

-Fiber.
-Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3).
-Thiamin (Vitamin B1).
-Selenium.
-Iron.
-Mag.nesium.
-Zinc.
-Phosporus.
-Copper dan Niacin.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.