6 Tips Mudah Anda Kelihatan Cantik Natural

             Cantik Natural - Women Online Magazine (1)

Tanpa menggunakan mekap secara berlebihan pun sebenarnya boleh membuatkan anda nampak ‘fresh’ sepanjang hari.

Tidak dinafikan, memang ramai wanita yang menggunakan mekap agar tetap nampak awet muda dan cantik , biarpun usia sudah berusia. Menurut sumber yang dikutip daripada All Women Stalk,ada beberapa tips untuk cantik natural meskipun anda sudah memasuki usia tua. Semak!

6 Tips Cantik Natural:

1. Hindari Stress

Jangan terlalu sering memikirkan sesuatu sehingga anda jadi stress. Ini adalah kerana  stress yang berpanjangan boleh menjejaskan tahap kesihatan anda. Pengaruh stress  membuatkan kulit anda berpeluh, kering dan cepat berkedut.

2. Pakai Moisturizer

Paling kurang, anda wajar mengaplikasikan pelembab pada kulit anda secara menyeluruh pada setiap pagi sebelum memulakan aktiviti. Jika anda banyak melakukan aktiviti, elok disapu selalu agar kelembapan kulit anda tetap terjaga.

3. Rajin Bersenam

Bersenam sangat penting dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh. Bukan orang yang kurang sihat sahaja dianjurkan bersenam. Sebaliknya,  anda yang sihat pun digalakkan untuk terus menjaga kesihatan tubuh. Secara tak langsung, bersenam juga dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih cerah dan segar kerana tidak ada  kuman yang membuatkan kulit anda menjadi kusam dan kering. Antara senaman yang boleh anda lakukan ialah seperti berjogging, areobik dan berbasikal.

4. Dapatkan Rehat Yang Mencukupi

Biar sesibuk manapun anda, tubuh tetap memerlukan rehat yang mencukupi. Tidur minimum 7-8 jam sehari sangat digalakkan agar anda kelihatan lebih  cantik natural dan awet muda.

5. Masker Semulajadi

Sihat dan segarkan kulit wajah anda dengan masker semulajadi buatan anda sendiri Caranya mudah sahaja, campurkan putih telur dengan air perahan jus lemon. Kacau sampai berbuih, kemudian sapukan masker tersebut ke seluruh wajah anda yang sudah dibersihkan secara merata. Lakukan secara rutin, kulit wajah anda akan lembab kerana kandungan protein dalam putih telur.

6. Mulakan Sejak Awal

Mulakan perawatan anti aging sejak usia 20-an lagi seperti perawatan serum, krim malam, dan krim mata. Carilah produk kecantikan yang sesuai dengan usia anda pada saat itu.Manfaat dari perawatan ini boleh anda rasakan ketika memasuki usia tua nanti.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.