5 Tips Hilangkan Lebam Bawah Mata

                 Atasi Lebam Bawah Mata-Formulakecantikan

Adakah anda pernah mengalami masalah lebam bawah mata? Apakah puncanya dan cara hendak mengatasinya? Lihat jawapan dibawah...

5 punca kenapa anda boleh mengalami lebam bawah mata:

Antaranya ialah:

1. Faktor Keturunan

Kebarangkalian anda mengalami lebam bawah mata adalah kerana faktor keturunan. Bentuk lebam bawah mata bagi setiap individu bergantung. Jika faktor keturunan kebiasannya ahli keluarga atau saudara terdekat juga boleh mengalaminya.

2.  Faktor Alergi

Oleh kerana kemungkinan anda mempunyai alahan kepada mata dan anda mengosok-gosok mata anda sehingga lebam juga boleh terjadi kepada lebam bawah mata. Jika anda kerap menggosok kemungkinan anda boleh mendapat lebam bawah mata ini.

3. Faktor Keletihan

Kebanyakkan lebam bawah mata adalah kerana faktor keletihan. Faktor ini terjadi akibat kekurangan tidur, mungkin kerana sibuk dengan kerja yang banyak.

4. Faktor Usia

Selain itu, punca berlakunya lebam bawah mata kebanyakkannya adalah kerana faktor usia juga. Kulit akan kehilangan kolagen dan wajah mulai berkedut di makan usia. Oleh itu, penting untuk anda mengamalkan penjagaan wajah agar kekal awet muda sentiasa.

5. Faktor Kekurangan Zat Besi

Bagi wanita di masa kehamilan, kulit wajah anda akan menjadi lebih pucat kerana kekurangan zat besi. Dalam hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas kelihatan . Pastikan anda mengambil pemakanan yang boleh menampung kesihatan badan anda.

Jom Atasi Masalah Lebam Bawah Mata Dengan 5 Tips Berikut:

-Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

-Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

-Kupas serta bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

-Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

-Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.