3 Langkah Lajukan Prestasi Telefon Android Anda
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/08/Lenovo-1200x630.jpg)
Nak smooth dan lajukan telefon android anda? Ini salah satu cara yang awesome, simple and free tanpa perlu risau apa-apa kerana ia tidak menghilangkan data telefon.
Tapi sayangnya tak ramai yang tahu tentang teknik ini. Kedai handphone pun belum tentu tahu setting ini.
Langkah 1
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/08/android-1.jpg)
1. Pergi ke bahagian ‘Settings’.
2. Klik ‘Developer options’.
Jika telefon anda tiada ‘Developer options’ (sebab hidden), anda boleh follow cara dibawah ini:
1. Klik ‘About Phone’.
2. Cari ‘Build Number’.
3. Tekan 5 kali ‘Bulid Number’ (atau sampai ‘prompt you are now in developer option’).
4. Kembali ke ‘Settings’.
Langkah 2
1. Anda perlu ubahsuai tetapan di 3 bahagian, iaitu:
a. Window animation scale
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/08/android-5.jpg)
b. Transition animation scale
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/08/android-4.jpg)
c. Animator duration scale
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/08/android-3.jpg)
Semua diatas ini boleh pilih sehingga .5X. Point 5X tau, bukan 5X.
Langkah 3
Dah settle! Cubalah. Tetiba anda akan rasa macam ada sinar bahagia tau.
Share artikel ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda. Mungkin ramai yang memerlukannya.
Post a Comment